1. ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)
· Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani.
· Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.
· Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.
· Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
· Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.
· Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.
· Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu.
· Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti :
a. permainan masa lapang
b. keperwiraan
c. senaman tradisional
2. ERA PENJAJAHAN
a. Era Kolonial Inggeris Lama
· PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
· Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
· Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
· Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.
· 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah.
· 1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.
· 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
· 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim,latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.
· 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris.
· Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.
· Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
· 1940-an : sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan
b. Era Penjajahan Jepun
· Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
· Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.
· Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30minit.
· Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
· Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
· Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.
3. ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)
· Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
· Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan disekolah.
· Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.
· Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.
· Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.
· Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani.
· Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semual di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman.
· 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.
· 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.
· Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas.
· Aktiviti luar diadakan pada hari sabtu.
· 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.
· 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
· 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
· Tujuan: untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
· Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di cheras.
· Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).
· Rancangan PJ disekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.
· Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ disekolah.
· 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.
· PJ menjadi matapelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
· 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan).
· 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan.
· Tujuan: melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.
3 ulasan:
Boleh tahan epik jugak sejarah PJ ni. Terima kasih untuk info, kebetulan saya ni pun cikgu PJK, huhu..
kita dalam bidang yang same lah yer.. :)
eh2x...kita ni sma la kos...zmn u pun sma...sni pun sma lg..ishh kau tru ee...kihhhh2x
Catat Ulasan