" Alergi adalah tindakbalas dari imun sistem kita terhadap sesuatu yang pada kebanyakkan kita tidak ambil peduli. Pada kebiasannya, mereka yang mengalami alergi adalah sensitif kepada lebih dari satu jenis alergi.
Tindakbalas alergi yang ringan, seperti hidung berair, atau ia akan menjadi sangat teruk apabila mengalami kesukaran bernafas. Sesetengah alergi menghasilkan beberapa simptoms yang berbeza dan di dalam kes yang jarang berlaku, tindak balas alergi adalah lebih teruk yang mana turut dikenali sebagai ‘anaphylaxis’. "
Sumber : http://www.nural.com.my/BM/allergy_threat.html
" Individu yang ada alahan anafilaksis perlu waspada kerana tindak balas badan berlaku dengan cepat.
ADA orang menganggap alahan bukan perkara yang sangat membimbangkan, tetapi mereka tidak tahu perkara ini sebenarnya boleh membahayakan nyawa jika dipandang remeh.
Apabila seseorang mengalami alahan, perkara yang sering ditanya ialah "makan apa semalam?" Gejala alahan bukan hanya dicetuskan oleh makanan kerana banyak benda lain boleh menyebabkan masalah ini.
Selain makanan, ada orang alah pada logam, nikel, minyak wangi, getah, gigitan serangga, ubat dan senaman.
Kes Azlina Saian, 34, yang meninggal dunia selepas digigit serangga, adalah contoh yang menunjukkan alahan tidak boleh dianggap masalah ringan kerana ia boleh membawa maut jika lewat mendapat rawatan.
Ada pendapat mengatakan, sebenarnya hampir semua orang alah terhadap bahan tertentu tetapi tidak menyedarinya. Ia mungkin disebabkan reaksi alahan yang sedikit dan tidak mendatangkan masalah besar kepada individu berkenaan.
Alahan yang sedikit boleh diatasi dengan menghindari faktor penyebab atau alergen, tetapi individu yang mengalami alahan melampau (akut atau dipanggil anafilaksis) perlu lebih berwaspada.
Tindak balas badan individu yang mengalami alahan melampau berlaku dengan cepat. Apabila alergen memasuki aliran darah, badan membebaskan sejenis bahan kimia iaitu histamin untuk menghapuskan alergen berkenaan.
Bagaimanapun, bagi individu dalam kumpulan ini, badan mereka menghasilkan terlalu banyak histamin sehingga menyebabkan gejala gangguan saluran pernafasan (lelah, bronkitis, asma); kulit menjadi gatal, tumbuh ruam dan ekzema.
Sementara kanak-kanak pula sering mengalami sembelit, cirit-birit, muntah dan kembung perut, sukar tidur, resah, gelisah, tidak selesa serta pertumbuhan yang lambat.
Ketika sambutan Hari Alergi Malaysia, Presiden Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), Dr Ranbir Kaulsay, berkata masalah anafilaksis tidak boleh dianggap ringan kerana seseorang itu boleh menemui maut dalam masa singkat jika tidak diberikan rawatan segera.
Kejadian alahan melampau tidak banyak dilaporkan, sama ada di Malaysia atau negara Barat. Malah, di negara maju seperti Amerika Syarikat hanya 30 kes dilaporkan bagi setiap 100,000 penduduk, tetapi dipercayai jumlah kejadian sebenar jauh lebih tinggi.
Malah, risiko alahan meningkat bagi pesakit asma atau individu yang mengalami alahan rinitis serta ekzema (alahan yang menyebabkan kulit gatal dan kadangkala berubah menjadi seperti kudis).
Alahan boleh berlaku kepada sesiapa saja pada bila-bila masa. Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana seseorang itu boleh alah kepada sesuatu benda secara tiba-tiba.
Kajian mendapati, ramai di kalangan orang dewasa alah terhadap makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga dan senaman. Manakala kebanyakan kanak-kanak pula mengalami alahan terhadap makanan. Jenis makanan yang boleh mendatangkan alahan juga pelbagai, tetapi secara umumnya ia makanan kaya protein seperti makanan laut, telur dan kekacang.
Reaksi badan terhadap alahan berlaku sangat pantas iaitu hanya beberapa minit. Jika tidak diberikan rawatan segera, individu yang diserang alahan melampau boleh meninggal dunia kerana histamin bertindak menyekat aliran udara atau menyebabkan tekanan darah turun mendadak.
Justeru, jika berasakan anda seorang daripada kumpulan yang ada masalah ini, anda disaran menjalani ujian alahan di mana-mana hospital besar. Ujian alahan yang ada sekarang mempunyai ketepatan sehingga 95 hingga 99 peratus.
Ujian ini membolehkan anda tahu jenis alergen yang perlu dihindari supaya tidak timbul masalah kemudian hari. Selain itu, cari maklumat mengenai cara mengendalikan alahan dan rawatan yang ditawarkan di hospital berdekatan rumah anda. "
Sumber : http://www.biovco.com/alahan-02s.php
Selasa, Mac 16, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan