Welcome to blogdindateJa

Pages

Rabu, Mac 31, 2010

Rindu

Adakah mimpi kelmarin
melukiskan rindu aku padanya?
atau hanya ilusi mimpi
yang sering datang dan pergi?
Jika benar ia rindu,
perlukah aku ungkapkan kata itu padanya?
haruskah aku berbicara dan berbisik padanya,
aku rindu kamu...?

Kata orang...

rindu itu
terlalu mudah diungkap
tapi mampu kah ia terungkai
terungkai disebalik kata-kata
yang bakal mencuit perasaan?

bicara rindu...
hanya mampu dibibir
tapi mampukah ia terungkap dari hati?
atau hanya sekadar hiasan bibir yang manis..

bisik-bisik rindu
tiada siapa yang tahu...
lahir dari hati yang kudus
hanya aku yang tahu
hadirnya sebuah rindu
menjadikan diri seorang perindu..

Kata orang juga..

Seorang lelaki pernah menyatakan:
dari dalam hatinya
tersirat rasa rindu
yang mendalam
dalam gambaran kenangannya.

Tanpa silu
katanya,
"akulah perindu itu
usah kau ragukan
kerana aku seorang lelaki
yang menghormati rindu."

Seorang wanita pernah mengatakan:
pada sehelai kertas putih
tersirat rasa rindunya
yang mendalam
dalam lakaran sekuntum bunga mawar putih.

Tanpa silu
katanya,
"akulah perindu itu
kerana aku seorang wanita pemalu
yang meniupkan rindu
diangin lalu."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan