Welcome to blogdindateJa

Pages

Jumaat, Mac 12, 2010

S e r a b a i

Waaaa.. taknak pergi sekolahlah macam ni..huhu kehulur kehilir masih tidak bersiap lagi, jam dah menunjukkan 6.30pagi.. adoi, nak pakai tracksuit te ekk?? serba salahnye rasa... akhirnya aku menyarung juga baju kurung berwarna pink bersama tudung berwarna hitam tanpa di gosok. Huhu inilah hari paling serabai aku ke tempat kerja. Mana tidaknya, baju aku berkedut seribu! puncanya, blackout lah! mmg dah jadi tabiat aku, ion baju diwaktu pagi, kena plak pagi ni takde elektrik.. haaaa amik kau! tapi aku memang tak serik, sbb mmg itu satu dari tabiat aku.. aku mmg tak gemar ion baju pada waktu malam.. mmg dr sekolah.. tak kisah kena bangun kul 5.00pg tuk ion baju, asalkan bukan mlm..hahaha

Emm..serabai punya serabai..tapi bagus anak-anak murid aku, tak tegur pun pasal baju.. (^-^), bagus anak-anak Parish ni, menjaga air muka gurunya.. hihi.. luv ya! gonna miss all of u oneday...

Tambah, ada sstu yg buat aku agak malu jugak.. bukanlah kerana baju berkedut tu.. tapi kerana penghargaan yang diberi guru besar kerana ketiga-ketiga my warriors of 2010 berjaya meraih tempat di pertandingan semalam. Aku yang agak termalu-malu kerana menerima tepukan dan tahniah hanya menutup muka dengan sweater bila murid-murid memandang ke arah aku (dah lah baju berkedut, eee serabai betol!)..huhu terharu, tapi malu sebab tak dapat bawa pulang emas untuk sekolah.. neway thanx for the big claps, kids n colleagues..

Ada lagi, tapi yang ni ntah, nak percaya ke tak ya? masuk-masuk bilik guru, sekali lagi aku menerima ucapan tahniah dari guru-guru dimulai dari guru pk ko-k, guru pk1, dan lain-lain.. refleks aku ialah dengan memandang pada baju aku.. huhu kenapalah, ucap tahniah, perli sebab baju aku berkedut te.. "huhu..serabai kan, baju berkeduttt" aku mengutuk diri sendiri. "tahniah, kerana anda dipilih menjadi jurulatih peringkat daerah!" "hah, yete! huhu..betul te ni? saya te?".. dalam hati aku.. terus berkata, layak kah aku?...serabut otak aku seserabai aku pagi tu dengan baju yang berkedut..nak percaya ke tak ya? em, kita biarkan persoalan tu dulu seminggu.. sebab apa yang pentinggggg, esok cuti! hoooreeyyy!!! nak balik bandar tercinta!!! hahaha tak main lah balik kampung... :p (serabai betol! hehe)

Last but not least, selamat bercuti pertengahan semester pertama untuk para guru dan murid-murid diseluruh Malaysia. Semoga cuti ini menyuntik semangat baru supaya lebih maju. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan