Welcome to blogdindateJa

Isnin, April 12, 2010

Johan Keseluruhan

Tahniah diucapkan untuk modal insan SK Parish yang telah dengan jayanya menjuarai Pertandingan Lalu Lintas Shell yang telah berlangsung pada 10 April yang lalu. Pertandingan tersebut telah diadakan di dataran Pehin, Mukah Sarawak.

Dengan tekad dan usaha yang tinggi, tiada yang mustahil untuk memperolehi apa yang kita inginkan. SK Parish buat pertama kalinya menyertai pertandingan ini. Guru yang mengusahakan (Ustaz Zolkarnaen, GSTT) baru juga menimba pengalaman. Tapi, alhamdulillah telah berhasil dengan jayanya. Syukur...

Setinggi-tinggi tahniah, sekali lagi diucapkan kepada yang terlibat.

P/S: Usaha-usaha mencari modal insan diteruskan. Kali ini untuk pertandingan bercerita dan hafazan MTQ, pertandingan bercerita Bahasa Melayu, pertandingan pidato, pertandingan model kerjaya dan pertandingan bercerita Bahasa Inggeris (Science Story) yang akan dipertandingankan mulai 15 April ini sehingga hujung bulan. Semoga usaha-usaha para guru dan murid yang terlibat membuahkan hasil.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut