BERILMU BERDISIPLIN BERBAKTI
S K Taman Nirwana / Mendidik serta berjasa /
Memimpin ke arah jaya / Kepada kami semua /
Berilmu Berdisiplin Berbakti / Itulah slogan kami /
Ibu bapa mengharapkan / Doa dan kejayaan /
Segala yang diharapkan / Pasti kami kan tunaikan /
Dulu aku duduk di kerusi murid, meja ku kecil
Kini aku duduk dihadapan memerhati murid, meja ku besar
Dulu aku duduk dibangku panjang untuk makan dikantin
Kini aku makan di bilik rehat guru
Dulu aku diluar
Sekarang aku di dalam.
Dulu berbekalkan 40 sen, aku beli makanan dan minuman,
bakinya buat beli jajan bila pulang dari sekolah.
Kini aku berbelanja lebih dari RM3.00,
tiada lagi gula-gula buat jajan cuma simpan sikit duit gaji untuk buat shopping :)
Life is beautiful isn't it?
Dulu aku menjadi murid
Kini aku menjadi guru (^ - ^).
Dulu aku dipostingkan ke Sarawak
Kini aku ditransferkan ke Selangor
Sekolah Baruku Sekolah Lamaku.
Eh.. orang lain pun jadi cikgu jugak, tp xde pulak bangga gile macam ko dinda!!!!
Hehehe.. ofcoz la bangga, dapat kembali ke sekolah lama beb!!!
Masa untuk berbakti pulaklah... :)
Hari ini bukanlah hari pertama, tp hari kedua menjadi guru di SK Taman Nirwana yang dulu dikenali sebagai SRK Taman Nirwana. "R" je yang berbeza. Cadang nak update entri semalam, tapi tak sempat pulak.
Banyak perubahan berlaku setelah dinda menamatkan sesi persekolahan (sekolah rendah) di sekolah ini. Terlalu banyak. Kini muridnya semakin ramai, gurupun semakin bertambah. Padang dah kecil berikutan blok-blok bangunan baru yang ditambah bagi menampung jumlah murid yang semakin besar. Blok-blok bangunan kayu yang lama telah dirobohkan. Guru batch 1989-1994 tinggal 3-4 org dan pengusaha kantin yang masih kekal memberi perkhidmatan. Kolam-kolam buatan guru dan murid di sekeliling sekolah sudah digantikan dengan pondok2 rehat dan gelanggang. Pejabat dan bilik guru kini berhawa dingin. Stor sukan yang lebih besar. Tempat meletak basikal yang telah berubah dan semakin besar. Arghhh banyaknya perubahan dengan warna cat dan mural dinding sekolah semua sudah berganti. Berubah untuk perubahan yang lebih baik, insyaAllah. InsyaAllah dinda juga akan cuba berbakti dengan terbaik... :) wei wei <--- jangan buat angan-angan kosong sudahlah yer...
"Selamat Maju Jaya"
"Berkhidmat Untuk Negara"
Wassalam.
Selasa, Jun 22, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
sy xley jd sorg cikgu....
grg giler...
mau bdk2 poteng sek..
prsn kembali ke sek lm mmg bbeza sgtkn..
slmt bbakti cikgu kecil...
hye ckgu..wassup
ekekeke..
ops salah skolah la..cabottttttt
cayalah cikgu liza...
selamat menabur bakti... hehe.. ko ngajar ape kat sk tmn nirwana tu??
kawan lama...
batch nirwana tahun bila???
rindunya nak kesana..
padahal umah dekat ja ni..
hahaha
selamat mengajar cikgu
salaam.. me pun ex srk taman nirwana, tapi 1989 sampai 1991 aje, kitorang pindah.. ingat lagi lagu skolah, berilmu berdisiplin berbakti, itulah slogan kami, baktimu kami hargai, kau kan disanjung tinggi.. best best best.. :) best jadi cikgu kat skolah yang kite dididik.. semoga berbakti.. take care.. :)
Catat Ulasan