Welcome to blogdindateJa

Rabu, Februari 09, 2011

Guru tidak terbeban kerja???

Panas hati betul membaca forum di Utusan pagi tadi, jadi dengan personalnya saya ingin membalas semula hujah yang saya tidak tahu kesahihah penulis sama ada benar dia seorang guru atau pun tidak, ermmm maaflah ye..

Ini hujah si penulis Guru tidak terbeban kerja 
Lihat sahaja tajuk, saya nak balas... mungkin dalam seribu, anda seorang je yang tidak terbeban kerja, jadi janganlah nak berhujah semua guru macam tu..


"Masyarakat Malaysia sering kali diperdengarkan dengan keluh-kesah warga guru yang mengatakan mereka banyak kerja, kerja sampai ke rumah, waktu cuti pun dipanggil bekerja dan seribu macam lagi. Namun tidak ada statistik sebenar yang menunjukkan bahawa warga guru ini adalah benar-benar dalam keadaan tertekan."

Iyer, secara personal memang agak terganggu, memang buku latihan terpaksa dibawa ke rumah untuk ditanda, kerana memang tak sempat nak disiapkan di sekolah. Keseluruhannya saya mengajar 13 kelas (tahun 2011) x purata murid 35 orang, jumlahnya ada 455 buah buku. kita bahagikan dengan 5 hari waktu bekerja, lebih kurang 91 buah buku sehari untuk ditanda setiap hari. Adakah saya memberi 1 soalan sahaja untuk setiap latihan? anda fikir, anda congak lah semula...


"Saya telah berkhidmat sebagai guru mulai Disember 1992 sehingga kini. Saya berasa malu dan bersalah jika mengaku terbeban dengan kerja mendidik. Rasionalnya:"

No komen.


Seterusnya,


"* Hampir setiap guru hanya akan diberikan tanggungjawab mengajar minimum dengan enam waktu seminggu dan maksimum 25 waktu seminggu. Secara purata ramai daripada di kalangan guru hanya diberi waktu mengajar 16 waktu seminggu. Satu waktu bersamaan 30 minit atau paling lama 40 minit. Secara purata kebanyakan sekolah rendah atau pun menengah menggunakan satu waktu bersamaan dengan 30 minit sahaja. Purata waktu mengajar guru ialah 16 waktu X 30 min= 480 minit atau lapan jam seminggu iaitu bersamaan satu hari bekerja penjawat awam yang lain."

Marahnya rasa dengan penyataan ni, tapi kelakar pun ada, betul ke encik ni guru? maaflah, saya kurang pasti....
Di sekolah saya, di sesi pagi purata waktu cikgu mengajar adalah 28 waktu x 30 min = 840 minit seminggu bersamaan 14 jam (ini baru waktu mengajar ye, bagaimana dengan waktu penyediaan sebelum mengajar termasuk penyediaan bbm/abm, tanda buku, dan tugas-tugas khas yang lain?) Nasib baiklah waktu mengajar saya kurang sedikit, 26 waktu.... walau bagaimanapun, hehe beza sungguh dengan kenyataan encik yang mengatakan waktu mengajar guru maksimumnya 25 waktu seminggu, apetah lagi purata 16 jam waktu...? adakah kenyataan encik ini berasas? kalau tidak keberatan, bolehkah tolong buktikan kajian, ataupun lampirkan jadual mengajar encik? kalaulah betul, mungkin sekolah saya je lah yang sibuk kot??? emmmm... mustahil, mustahil...


"* Tugas-tugas khas selain daripada kurikulum akan diberikan dengan agihan saksama. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pengurusan sekolah, seorang guru akan diberikan satu tugas khas dan satu tugas kokurikulum. Misalnya, jika seorang guru diberikan tanggungjawab guru kelas atau tingkatan, ketua rumah sukan, ketua persatuan atau kelab dan jawatan berupa tanggungjawab ketua, maka guru tersebut tidak akan diberi tanggungjawab lain kecuali sekolah kekurangan guru."

Wahhhh beruntunglah selama encik mengajar beban encik banyak itu je, bersyukurlah encik, tapi kebanyakan guru setahu saya tidak macam tu.
Tugas-tugas saya sahaja,
1. Guru kelas
2. Penyelaras SPBT untuk tahun 4 (Skim Pinjaman Buku Teks)
3. Ketua Panitia
4. Ketua unit bola jaring
5. Jurulatih pasukan bola jaring sekolah (Latihan telah dijalankan setiap petang dari bulan Januari, dan akan berterusan sehingga hari pertandingan) <-- ada bayaran OT x? hehehe mana ada... tapi untuk perkembangan murid, kejayaan sekolah dan daerah juga...

Mungkinkah sekolah saya kekurangan guru?? Actually, saya kurang pasti, berapa buah sekolah yang terlebih guru di seluruh Malaysia ni... berilah sedikit kat sekolah kami, atau encik penulis kenyataan ke, volunteer mengajar kat sekolah kami ni.. hehehehe ok tak?

Mudah kan jadi guru, waktu sekolah jam 730 - 130 (6 jam), petang training sukan pulak... hehehe.. 
sebenarnya, masa yang diberi untuk murid tidak menjadi masalah sgt pun, sebab itulah tugas hakiki kami iaitu GURU, yang buat rasa terbeban adalah tugas2 khas. Adakah tugas yang diberi hanya pada nama dan di atas kertas? Jawapannya, tidak sama sekali...
Tugas guru kelas je sudah begitu besar (kutip yuran, buku kedatangan, maklumat murid, buku ADAB, buku Koko, keceriaan kelas dsbgnya), SPBT (kemaskini stok, keluar masuk-buku, buku rosak, buku hilang, murid tidak pulangkan buku dsbgnya), kalau cerita satu-satu memang berjelalah, saya tak hairan kalau pernyataan ini datangnya dari bukan guru, tapi bila datangnya dari seorang guru dan sekian lama mengajar, saya jadi mushkil...

Itu belum lagi, guru data, guru LINUS, guru tasmik, guru media, guru JU dan sebagainya... saya memang begitu mushkil.. kerana saya nampak beratnya tugas tersebut..


Hahaha, mungkin saya seorang je yang merasa mushkil dan tidak setuju dengan kenyataan penulis, sebab alasan yang diberikan beliau, satu pun xterlekat dengan saya. Saya bukan agen insurans ya, jualan langsung dsgbnya haha..

Wassalam...


p/s: minta ampun maaf klu mengguris hati encik penulis kenyataan forum tersebut...


3 ulasan:

siTokei berkata...

yg bercakap tuuu..bole la dok keningau...asyik kejar rusa jer...

mai dok kl setahun tgk jd macam maner..???

Tanpa Nama berkata...

waktu time aku practical teaching dulu(sekarang masih belum dapat posting belum datang rezeki kali)
stress juga mengajar ni. kena lagi ngajar computer. Kalau komputer di lab rosak nak buat macam mana(Dulu dapat praktical di Maktab Sabah, sekolah agak terkenal di Sabah tapi sama juga computer time penjajah).
Ko teriak macam mana pun student tak nak dengar kena lagi kalau campur kelas. Memang rasa tension dia ngajar la walaupun orang cakap
profesion guru ni hanya setengah hari tapi bagi aku beban dan tanggung jawab tu yang bikin kita stree.
Kena lagi kalau guru practical, semua guru senior nak torture kita bagi jaga class sedangkan
guru senior lain syok minum2 di kantin. Tapi kadang2 aku fikir juga itu hanya untuk beberapa jam cuba bayangkan penjawat awam lain?
So yes aku stuju kerja guru ni membebankan bukan sebab banyak kerja tapi tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita untuk
melahirkan bangsa yang berjaya. Tapi at the same time aku rasa kurangkan lah merungut sebab banyak keistemewaan dah diberi.
Just keep it to ourself and our blog.

YUp aku setuju ngajar di KL lagi stress sebab cousin aku kena posting kat sana. Budak-budak dia matang dari tempat lain especially Sabah.
Pernah one time cousin aku pernah kena bawah #@^$%&%^$ oleh anak murid dia. Dia cakap nasib under age. Tapi tu la tak boleh bandingkan tempat KL ka Keningau ka. Kalau aku suru guru-guru KL yang muda-muda tu ngajar di ulu Tongod kompom 1 bulan la masa dia orang ngajar sana. Ha3. Bersyukur la dengan apa yang ada sebab sesetengah kamu tak seuntung dengan yang lain

miejigsaw berkata...

aku yang comment kat atas tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut