Welcome to blogdindateJa

Rabu, Ogos 28, 2013

Kau Tak Sendiri



Ku terbangkan buatmu, Nil

kata-kata yang bersayap
berseru, bertitah, bergoncang di alam merah
semerah darah syuhadamu, memekari tanah gersang
yang roboh dipaku dendam
yang lebam diremuk kejam

Ku taburkan buatmu, Nil

benih-benih hijau berpohon Nazilah
mengharum di awan basah
lebih deras dari peluru bertirus
lebih agam dari mahkota al-yahud



Mereka itu hanya bertopengkan dendam
hatinya hitam kecut dan dayus
bila kau berseru "lailaha illAllah"
sebesar mana letupan terletus
seramai mana nyawa terhapus
semangatmu masih mengapung
keberanianmu masih gah di persada sejarah



Bukankah kau tak tahu, Nil
dihujungnya sudah ada janji
yang pasti, kau tak sendiri



"Salam SYAWAL untuk seluruh umat Islam"
MAAF ZAHIR & BATIN

Untuk Rakyat Mesir, Semoga Kalian Tabah
Doaku Sentiasa BersamaMu
Anugerah Syahid In Sha Allah UntukMu, Andai Gugur
Dalam Perjuangan

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut