Welcome to blogdindateJa

Khamis, Oktober 01, 2009

Guru bukan sekadar mengajar

"...Guru bukan sekadar mengajar. Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi, keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan daerah serta jabatan pelajaran negeri. Guru kini bukan sekadar layak digelar kerani tetapi mungkin tukang kebun, pengasuh, pereka grafik, tukang cat dan semua beban kerja yang dilonggokkan ke bahu mereka. Masa yang lapang hanya dua atau tiga waktu tetapi mengikut pekeliling, ia perlu diisi dengan persiapan mengajar. Contohnya, mana ada jururawat yang ditugaskan membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat, tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. Malah, mural sekolah atau mengecat bangunan sekolah juga tergalas di bahu guru. Kementerian perlu memantau apa keperluan dan keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini. Jangan satu hari nanti, kerjaya guru tidak lagi dipandang tinggi lantaran tidak lagi bertindak sebagai penyampai ilmu berkaliber kerana terlalu fokus pada tugas lain..."



I rate this post ***** five stars!!

1 ulasan:

Che Had berkata...

Tul tur. wlaupn mase keje ckgu tur pendek compare ngan pekerja awam & swasta lain, tapi kt rmh pn melambak keje yg dibawak balek dr skolah. kementerian mmg kene fikir2kan sbb skang ni pn byk tugas mendidik anak murid telah dipersalahkan kepada mereka. Antaranya bila cikgu rotan anak murid sbb nk mengajar tp mak bapak sibuk nk saman ckgu b4 kaji dlu perangai anak mereka. yang lg best byk plak ckgu yg kene mintak maap balek dgn parent & anak tur akan lebey naik tocang lg di sekolah. huhuhu....nasib2 cikgu oooiiii.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut