Welcome to blogdindateJa

Isnin, Januari 25, 2010

Semudah A B C


Assalamualaikum wbt, salam satu Malaysia untuk semua pengunjung blog dinda.

Sudah berbulan lamanya dinda tidak mengemaskini blog. Banyak benda yang nak diceritakan tidak ditulis. Kenapa ya? Jawapannya masih biasa-biasa saja, pertama masa dan kedua sambungan internet jalur lebar yang saya gunakan bermasalah =).

Berbalik pada tajuk dinda di atas "Semudah A B C". Tajuk ni sebenarnya dinda ambil dari pengalaman dinda mengformat PC. Iyelah orang baru pertama kali mengformat PC lah katakan. Dulu tahu teori saja, praktikalnya tak pernah buat. Tak sangka rupanya mudah sangat! kalaulah beranikan diri dari awal lagi, taklah bazirkan duit hantar ke kedai. Boleh jimat RM60 =). Sekarang Windows 7 siap untuk digunakan!!! Puas hati sangat sebab hasil dari tangan sendiri. Alhamdulillah, dapat ilmu baru =). Jadi para wanita, atau sesiapa saja yang diluar sana, janganlah takut untuk format PC anda sendiri. Ia sangat mudah! Jika mereka dan saya dapat lakukan, anda juga pasti BOLEH! Yang penting berani mencuba. Semudah A B C saje.... (^-^)


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut