Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia
Allah SWT tahu betapa keras engkau telah berusaha..
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih
Allah SWT telah menghitung airmatamu..
Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggumu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja
Allah SWT sedang menunggu bersamamu..
Ketika kau merasa bersendirian
Allah SWT selalu berada disampingmu..
Ketika kau fikir kau telah mencuba segalanya dan tak tahu untuk berbuat apa lagi
Allah SWT punya jawapannya..
Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan
Allah SWT dapat menenangkanmu..
Jika tiba-tiba kau melihat jejak-jejak harapan
Allah SWT sedang berbisik kepadamu..
Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan syukur
Allah SWT telah memberkatimu..
Ketika sesuatu yang indah berlaku dan kau merasa seakan ketakjuban
Allah SWT sedang tersenyum kepadamu..
Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi
Allah SWT telah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu..
Ingat, dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap
ALLAH SWT TAHU.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan