Welcome to blogdindateJa

Khamis, Mac 11, 2010

My Warriors

Salam dan sejahtera untuk semua.

Selama 3 jam, pada 3 minggu yang lepas aku telah menapis murid secara mengejut untuk dihantar mewakili sekolah ke pemilihan atlet Zon Balingian. Agak sedikit kurang berpuas hati, tapi apakan daya terpaksa juga menerima dan mendengar arahan orang atasan yang mungkin mempunyai sebab-sebab tertentu meletakkan tarikh secara mengejut, lalu mengejutkan semua orang yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Selama 3 jam tersebut, aku lihat prestasi murid-muridku sangat berlainan. Aku jadi rungsing sangat. Aku juga tak dapat nak tolak mereka mencatat masa lebih baik, kerana terlalu kesuntukan masa. Apa yang penting bagi aku, mereka tidak cedera dan dapat sesuatu dari kejohanan itu nanti(pengalaman). Hasil dari pemilihan atlet Zon Balingain itu, 3 dari anak murid aku terpilih untuk mewakili Zon Balingian. Tetapi, sekali lagi kekangan masa memberi rintangan untuk anak muridku. Masa yang mereka ada tidak sampai 2 minggu. Dan minggu-minggu tersebut pula mereka perlu duduki peperiksaan PRA-UPSR dan peperiksaan pertengahan semester satu. Mahu tidak mahu aku juga perlu mengorbankan masa rehatku untuk mereka. Latihan dijalankan walaupun 1jam pada waktu petang supaya tidak terlalu menggangu waktu belajar mereka, dan 2jam pada hujung minggu pagi dan petang.

Hari ini tibalah masa untuk anak didikku hadapi Kejohanan MSS Daerah Mukah. Kejohanan MSS Daerah Mukah 2010 telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sg. Penipah, Balingian Sarawak. Empat Zon yang terlibat ialah Zon Balingian, Zon Bandar, Zon Ladang dan Zon Seberang. Anak-anak muridku yang diwakili oleh Mohd Asarudin Mohd Kadir (Peserta acara lompat jauh dan lari berganti-ganti), Mariana Abdullah dan Hafizullah Basri (Masing-masing peserta lontar peluru) antara peserta-peserta yang mewakili Zon Balingian. Kejohanan berlangsung selama lebih kurang 3 jam. Keputusan dari kejohanan tersebut, Zon Balingian telah menjadi juara keseluruhan. Aku hanya terpaksa berpuas hati kerana anak muridku hanya berjaya menyumbang 1 perak dan 3 gangsa. Walau bagaimananapun aku tetap bersyukur, kerana semuanya berjaya dan selamat dari kecederaan yang serius.
Alhamdulillah selesai sudah untuk musim ini.



Pengalaman pertama aku sebagai guru sukan.

Lontar peluru :
Mariana - catatan terbaik 6.5m, purata 6.0m, catatan kejohanan 5.9m.
Hafizullah - catatan terbaik 8.0m, purata 7.5m, catatan kejohanan 7.7m.

Lompat jauh :
Asarudin - catatan terbaik 4.0m, purata 3.7m, catatan kejohanan 3.7m.


M y W a r r i o r s O f 2 0 1 0


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut