Welcome to blogdindateJa

Ahad, Mei 23, 2010

Buat Lelaki

Bagi yang bujang sesuatu i'tibar
Bagi yang belum / bakal berkeluarga suatu pelajaran
Bagi yang berkeluarga perlu mengajar

Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah

Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH...
Dan isterimu bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH (dengan pimpinanmu)...
Amin.

Justeru itu wahai SUAMI..
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Ingatlah..
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman...

9 ulasan:

Leplep berkata...

-baca bersungguh-sungguh sambil tulis point2 penting dalam buku-

dinda.teJa berkata...

hihi.. bagus2.. :P

Tanpa Nama berkata...

kdg2 kaum hawa je yg bsungguh2 dlm mpertahankan sbuah mahligai..kaum Adam hanya segelintir saja yg begitu menginsafi sebuah ijabkabul...

dinda.teJa berkata...

btol tu anonymous!

Tanpa Nama berkata...

btul 2....insyaAllah..kta ni mampu merancang,berdoa memohon yg terbaik n terbaik....

Amir Izzat berkata...

cantik..tak payah secantik balqis...cari yg elok2 sudah la..kan? hehe

Amri Bahruji matPuisi berkata...

best2..

tpi kan.
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya

adoi... mcm buas je...

dinda.teJa berkata...

@Amir - man-man ler org kate..

@Amri - fuh,baru dinda tahu buas upenye ye...

caliph shuriken berkata...

"Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya"

msti si isteri ckp.. jom shopping, hikk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut