Welcome to blogdindateJa

Selasa, Jun 01, 2010

Ayam Tesco Tak HALAL

Kurang Ajar punya Syarikat Tesco!
Mak dinda baru je beli ayam kat sana kelmarin... huhu nak kena buang ni!

Kepada pembeli setia ayam di tesco, berhati-hatilah yer. Klu boleh elakkanlah beli barangan makanan yang kita susah nak sahihkan kehalalan produk atau cara penyediaannya. Juz my 2sen. Wallahualam.

Mei 31, 10 5:41pm

Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.

- Bernama : Malaysiakini

6 ulasan:

Nadia Hani berkata...

fuh! nasib baik slalu beli ayam dekat giant.

hanaKir@ berkata...

dekat tesco taiping la dorang ckp ayam dan daging babi diletakkan dalam trak yang same..adoii

dinda.teJa berkata...

uiskkk betol ke hana? ini info baru tuk dinda ni.. dinda xdengar lagi pasal hal tu.. ishkk rase mcm nk boikot TESCO je :(

cikgunikmie berkata...

ayam yang di sembelih baru halal..

fndrocka berkata...

damn punya tesco

Latest Entri : Remy Ishak sebuah gitar akustik

dinda.teJa berkata...

yaa mmg2 damn! BOIKOT tesco!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengikut