Rasanya tak adillah dinda post entri buat lelaki aje kan, mestilah ada entri buat wanita juga. Jadi, ini adalah entrinya. :) Dengar ya wahai kaum wanita diluar sana termasuklah untuk diri dinda sendiri :)
Wahai ISTERI renungkanlah..
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaQwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun keturunan yang
soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan
mengajarkan kita perlunya iman dan taQwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha
menjadi SOLEHAH
Amin...
Justeru itu wahai ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Ingatlah,
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....
p/s: Renung2kanlah dan selamat beramal :)
Selasa, Jun 01, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
hebatt
Hana.. kena baca Untuk Lelaki jugak.. hhihi
nice entry! =)
Catat Ulasan