Tahukah anda MINERAL GALIAN sangat penting untuk badan?
Ion-ion mineral bekerja menghasilkan jutaan impuls elektrik yang sangat kecil, lalu menyalurkannya dari otak melalui ujung-ujung urat saraf ke seluruh penjuru tubuh. Impuls-impuls ini menggerakkan otot-otot di tubuh kita serta berfungsi menggerakkan sel-sel untuk menggunakan osmosis bagi keseimbangan tekanan air dan menyerap bahan-bahan nutrisi. Ketidakseimbangan ion-ion mineral dalam tubuh kita menggagalkan bahan-bahan nutrisi yang dimakan diserap sepenuhnya. Apabila nutrisi tidak dapat dibekalkan keseluruh tubuh, berbagai penyakit akan muncul antaranya, stroke, gout, epilepsi, parkinson, migrain, insomnia, diabetes, asma, alergi, anemia, katarak, hipertensi, stress, jantung, kesuburan, ginjal, impoten, prostat, ambeien, reumatik, artritis, asam urat, jerawat, sawan, keguguran rambut, masalah berat badan, dan kanser.
Tubuh badan yang mendapat mineral yang cukup dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit bahaya.
Mineral dapat diperolehi daripada syur-sayuran, buah-buahan, biji-bijian dan sebagainya. Semua sumber-sumber ini berasal dr sumber tanah, jadi, tanah merupakan sumber mineral terbaik. Tapi dengan gaya hidup serba moden dan sentiasa sibuk, ramai yang tidak dapat memenuhi keperluan mineral dalam badan untuk menambah ketahanan melawan penyakit. Akibatnya, semakin ramai yang menghidap pelbagai penyakit pada usia muda (20-30an).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan