Nuffnang @ Nuff Nang adalah perkataan Jaifakan yang diterjemahkan kepada "Real good or real cool."
Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia. Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher). Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic).
Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak, korang tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini. Ini kerana mereka menggunakan khidmat kita untuk mempromosikan iklan mereka, jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka. Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang. Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.
Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak. Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50, kita bole memohon Nuffnang menghantar cek ke rumah. Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.
Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?
Dulu terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Advertorials. Untuk sekarang ni yang saya perasan ada 2 kempen pengiklanan shj yg tinggal. Saya ambil dan kongsikan disini:-
- KEMPEN CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT)
Ini adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut jumlah kunjungan unik yang pengiklan beli/bayar dari blog anda pada akhir tempoh kempen.
~ Pihak pengiklan yang memilih blog untuk kempen CPUV berdasarkan beberapa kriteria seperti sasaran audiens blog, genre blog dan pengaruh kuat. Misalnya, syarikat kosmetik akan cenderung memilih untuk mengiklan di blog yang kandungannya lebih kepada fesyen dan kecantikan dengan pembaca wanita.
~ Blogger dengan status Glitterati juga akan diberi keutamaan dalam pemilihan. How?
~ Pastikan iklan-iklan anda diletakkan secara optimum, mengemaskinikan profil blogger dan survei akan meningkatkan peluang pihak pengiklan memberi perhatian kepada blog anda lalu meningkatkan peluang blog anda dipilih untuk Kempen CPUV. - KEMPEN CPC (COST-PER-CLICK)
Ini merupakan pendapatan daripada kempen iklan banner berdasarkan jumlah klik yang dibeli/dibayar oleh pengiklan daripada blog anda pada hujung tempoh kempen.
~ Kempen CPC merupakan keistimewaan dapat dinikmati setiap Nuffnanger. Sama ada anda blog tentang teknologi atau makan, iklan CPC akan menjana keuntungan selagi pembaca anda klik pada iklan-iklan anda. Pantau Click-Through-Ratio anda untuk ketahui prestasi iklan-iklan anda.
Ini adalah contoh duit jajan yang saya telah perolehi di Nuffnang yang baik hati.
Usia tabung jajan 4 tahun. Waktu baru berjinak dengan blog. Dari zero knowledge sampai terjatuh hati dengan Nuffnang..hihihi.. ayat bodek Nuffnang ni.. ngeeee..
Yang ni pulak duit tabung jajan yang terkini.
Duit jajan terbanyak terkini dapat dari DIGI PREPAID, RM20.94.
Tapi mujur, waktu buat entri ni, tengok-tengok dah Glitterati semula.. Sayang ketat-ketat kat Nuffnang.. hehehe..
Tak tau lagi bila nak cash out. Sebelum raya kot!!! :p
8 ulasan:
terbaiklah
wah... banyaknya tu...follow blog ni...
wahhh banyaknye . boleh kasi tips cane nak cepat naik earnings . hehee
perghh. banyakknya dapat ...
Hai. Boleh bgtau tak kat mana shoutbox dan iklan terletak. Hehe
Hai. Boleh bgtau tak kat mana shoutbox dan iklan terletak. Hehe
Hai. Boleh bgtau tak kat mana shoutbox dan iklan terletak. Hehe
kobe byrant shoes
bape clothing
kyrie 6
bape
golden goose sneakers
Catat Ulasan